Sunday, July 28, 2013

plastik atas awan


Assalamualaikum~
Hipokrit si muka plastik
Sungguh tak mahu aku menjadi insan itu
Namun sungguh juga aku tak pandai berpura-pura
Ingin aku lari
Sejauh mungkin
Meski hakikatnya bumi ini tetap bulat
Sungguh tidak lagi hati ini seperti dulu tatkala berada dihadapanmu
Yang dulu aku pantulkan pada diri ku
Sering aku menyabarkan hati
Agar aku kuat sepertimu
Sungguh aku jadikan kau seakan ikutan
Aku mahu menjadi dirimu
Yang dalamnya, luarnya, tuturnya, geraknya, langkahnya adalah kamu
Mengapa bisa kini aku tertawa kecil sendiri
Mengenangkan dirimu yang dulu
Sunggu kekadang kini aku tidak lagi mengenalimu
Puas sudah aku mencari apa dan kenapa
Sebabnya hingga bisa aku merasa begini
Entah mana hormatku seperti dulu padamu
Entah mana kagumnya aku tiap kali melihatmu dulu
Sunggu bicaramu kini bukan lagi engkau
Sunggu geraknya kini bukan lagi engkau
Sungguh langkahnya kini bukan lagi engkau
Sungguh dalam dan luarnya kini bukan lagi engkau
Sungguh tidak mahu aku merasa begini
Sungguh aku mahu dirimu yang dulu
Sungguh kau telah memutarkan persepsiku jauh sekali
Dan sungguh aku masih mencari mana dan apanya yang salah
Cukup aku seakan kepingan plastik dihadapanmu
Yang dalam hati ini, puas aku memujuk
Maaf, aku terlanjur
Bersangka terlalu baik
Dan kini tak tahu apa yang aku rasakan lagi
Assalamualaikum =)


Saturday, July 13, 2013

perempuan muslimah itu



Assalamualaikum
muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.
Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.
muslimah itu
perempuan itu
yang ada dalam setiap diri
dan hanya perlu dicari
=")

perantau dalam hujan

assalamualaikum
perantau namanya
tak kesah lah jaoh mana
kalau dah memang terpisah dari keluarga yang setiap masa bersama
orang-orang akan kata
tak apa, bukan lama
ah..mudah.sebab bukan kau yang rasa
kau tak tau makna
dalam lebat hujan tu, kau sorang
dalam angin,pegang payung yang macam nak melayang
yang lintas jalan macam hantu tak tengok kiri kanan
yang  kat bus stop, berdiri kau sorang
dengan sesapa ntah yang tak pernah kau pandang
sejuk-sejuk dalam basah tu kau tetap sorang
kat depan, senyum je sorang-sorang
dalam hati tu lain cerita la pulak sayang
kena rasa rindu tu
kena faham sepi yang kehilangan tu
kena tau erti keseorangan tu
bila tak ada sapa kat belakang, depan, kiri, kanan
kau tak tau air mata yang tiba-tiba tu
air mata yang kalau boleh nak tahan
tapi tak boleh
sebab rindu tu, perlu disampaikan
kalau tak kering je la kat situ
bila dah tak ada sapa yang nak menjaga
bila tiba masa berdiri  guna kaki sendiri yang dua
bila tak ada siapa atau apa
biar lah nak cakap, cengeng, ngada over pon
ini hati aku yang punya
ini rasa aku yang bawa
=')

Friday, July 12, 2013

permulaan

assalamualaikum
manusia ni insan lemah
hamba yang tak ada apa-apa
seperti diri ini
yang hanya mampu berbicara melalui tarian jari-jari di pad kekunci 
tak mampu bersuara kerna yang ingin disampaikan ini dari hati
takut jika mulut yang menyampaikan, lain yang jadi
bak pepatah ada kata lidah yang umpama pedang
tapi bukan jari, jadi biarlah mereka menari-nari
menzahirkan rasa yang terbuku dihati
rasa yang tak pandai nak ku sampaikan depan-depan
lalu, dibentuk menjadi karangan
yang agak berselirat ikatannya
namun maksud, isi itu ada
dan sampailah hendaknya
terima kasih kepada yang membaca
kepada sesiapa saja, harap ini adalah sesuatu yang berguna
sesungguhnya yang cantik, indah elok itu dari Allah yang maha Bijaksana
yang cacat cela, buruk itu pula terus dari diri ini yang banyak kurangnya
maaf andai sepanjang penulisan ini dan yang bakal mendatang
membawa kekesalah dihati
menguris rasa dijiwa
sepuluh jari disusun maaf dipinta
selamat membaca ^_^

hebat

assalamualaikum
masa yang berlalu tu
memang susah nak jangka
nak pastikan, nak kaji
sebab masa yang berlalu tu
terlampaulah sangat cepat
tipu kalau kita x pernah rasa macam satu saat dulu
rasa yang macam . . .
ah, lambatnya masa ni
tolonglah cepat sikit, 
bosan lah sekolah ni
hari-hari jumpa kawan tuh, cikgu tuh, pakcik guard tuh, sekolah tuh
ah, bosan.boleh mati kebosanan kalau macam ni
ya tuhan, cepatkan lah masa nii
tak sabar dah ni nak keluar daripada penjara ni..huarghhh
kan? mesti ada kan?
lumrah~ seorang manusia yang mempunyai akal yang sangat terhad
yang kekurangan segala benda sampaikan susah nak bersyukur dengan apa yang ada
dan sekarang
ada tak korang pernah terlintas yang ni pulak
saat tengok budak-budak sekolah happy-happy dengan kawan-kawan
tengok diorang balik dari sekolah
tiba-tiba je~
hummm..cepatnya masa ni berlalu
kenapalah aku besar cepat sangat eh
rindunya waktu dulu-dulu, 
buat kerja sekolah, kena marah dengan cikgu
buat bising dalam kelas, makan kat kantin sesama
ah, rindu kawan-kawan. cikgu-cikgu semua
ya tuhan, kalaulah masa tu boleh diputar
kan? ada tak?
nah..satu lagi lumrah
yang namanya manusia 
kita tak sedar yang Maha Berkuasa dah tunaikan apa yang kita nak
tapi manusia ni memang dasar sombong
yang tak pernah berterima kasih bersyukur
yang dia tahu
minta lagi, minta lagi..mengeluh dan mengeluh
kita tahu masa tu diibaratkan seperti emas
yang tinggi nilainya
namun kita salah, kerna nilai masa tu sebenarnya
adalah tak ternilai
macam sekarang, cuba tenung dalam-dalam
saat ni, 10 atau 20 tahun lepas..di mana kita
tengah tengok karton dengan mak, ker main tanah liat dengan abang
tak pon masih dalam buaian, lena tidur sambil berlagu lagu dodoian si emak
cepatkan masa tu?
tanpa kita sedar pon dia boleh bergerak, hebat kan masa
lagi lagi hebatlah yang menciptanya
tapi kenapa susah kita nak sedar
wahai manusia si pelupa yang sentiasa